Saturday, July 15, 2017

Magnet ABC



Susah ke sangat menyusun huruf A-Z?

Ya, sememangnya sukar. Bagi murid yang
1. Tidak fokus
2. Tidak mengecam
3. Tidak dapat membanding dan membeza
4. Tidak tahu urutan

Kali ini saya cuba dengan Huruf magnet yang menarik dan bewarna-warni.
Murid-murid lebih tertarik dan dapat menyusun sehingga selesai.
Cadangan bilangan murid yang terlibat: dalam lingkungan 3-4 orang sahaja.
Seorang menyusun, 2 orang mencari dan seorang lagi memantau kerja ahli kumpulan.

Semoga berjaya. 

Tuesday, June 20, 2017

LAWATAN PRASEKOLAH 2017

Pada 24 Mei 2017, prasekolah kami telah mengadakan lawatan sambil belajar ke The Borneo House Museum, Kuching.

Tema Lawatan: 1Destinasi, 1Tujuan, 1Malaysia

Objektif utama: Pendedahan tentang kebudayaan dan masyarakat setempat.

Program Tentatif

08:00 pagi
:
Berkumpul di prasekolah SK Combined
08:30 pagi
:
Bertolak dari SK Combined
09:00 pagi
:
Lawatan di The Borneo House Museum
11:30 pagi
:
Bertolak ke sekolah.
12:00 tghari
:
Tiba di sekolah

Image may contain: 12 people, people smiling, outdoor

Saturday, May 13, 2017

Aktiviti Kraf untuk Hari Ibu


Sempena Hari Ibu 2017, murid-murid bersama-sama menyediakan kad ucapan kepada ibu masing-masing.  Murid belajar menghargai jasa ibu dan pengorbanan ibu. Di sini, kita cuba meminta murid menceritakan sebab mereka perlu sayangkan ibu.

Kita juga merakamkan ucapan secara beramai-ramai. 
Selamat Hari Ibu... We love you...

Aktiviti perkembangan fizikal dan kesihatan

Waktu PFK perlu dilaksanakan 2 kali setiap minggu.  Setiap waktu 30 minit.

Rutin: kita akan mulakan dengan aktiviti memanaskan badan yang dipimpin oleh seorang murid.
Kemudian, murid akan berbaris dalam 2 barisan, lelaki sebaris, perempuan sebaris.
Guru akan mulakan dengan penerangan aktiviti dan tunjukkan cara.

Tips: arahan mestilah jelas supaya mengelakkan kekeliruan murid dan memastikan perjalanan aktiviti dengan lancar.

1. Pastikan murid "pas" dengan menepuk tangan kawan untuk mengambil giliran.
2. Pastikan murid yang telah menjalani aktiviti duduk di bahagian belakang barisan.

Pelaksanaan:
Contoh aktiviti:Larian berhalangan.

Gabungan pergerakan lokomotor, seperti
1. Berjalan sambil mengepit bola berpasangan (berpasangan)
2. Melompat sambil membawa bola (individu)
3. Berlari/meniti mengikut garisan lurus, melengkung, zig zag dan sebagainya. (individu/berpasangan)
4. skipping dalam jarak yang ditentukan (individu)

# adalah memadai dengan 2 aktiviti pada satu masa.

Penutup: tentukan pemenang dan memberi maklum balas kepada murid tentang perjalanan aktiviti.
Rehatkan badan. Bersurai.