Saturday, May 13, 2017

Aktiviti Kraf untuk Hari Ibu


Sempena Hari Ibu 2017, murid-murid bersama-sama menyediakan kad ucapan kepada ibu masing-masing.  Murid belajar menghargai jasa ibu dan pengorbanan ibu. Di sini, kita cuba meminta murid menceritakan sebab mereka perlu sayangkan ibu.

Kita juga merakamkan ucapan secara beramai-ramai. 
Selamat Hari Ibu... We love you...

Aktiviti perkembangan fizikal dan kesihatan

Waktu PFK perlu dilaksanakan 2 kali setiap minggu.  Setiap waktu 30 minit.

Rutin: kita akan mulakan dengan aktiviti memanaskan badan yang dipimpin oleh seorang murid.
Kemudian, murid akan berbaris dalam 2 barisan, lelaki sebaris, perempuan sebaris.
Guru akan mulakan dengan penerangan aktiviti dan tunjukkan cara.

Tips: arahan mestilah jelas supaya mengelakkan kekeliruan murid dan memastikan perjalanan aktiviti dengan lancar.

1. Pastikan murid "pas" dengan menepuk tangan kawan untuk mengambil giliran.
2. Pastikan murid yang telah menjalani aktiviti duduk di bahagian belakang barisan.

Pelaksanaan:
Contoh aktiviti:Larian berhalangan.

Gabungan pergerakan lokomotor, seperti
1. Berjalan sambil mengepit bola berpasangan (berpasangan)
2. Melompat sambil membawa bola (individu)
3. Berlari/meniti mengikut garisan lurus, melengkung, zig zag dan sebagainya. (individu/berpasangan)
4. skipping dalam jarak yang ditentukan (individu)

# adalah memadai dengan 2 aktiviti pada satu masa.

Penutup: tentukan pemenang dan memberi maklum balas kepada murid tentang perjalanan aktiviti.
Rehatkan badan. Bersurai.