Tuesday, June 20, 2017

LAWATAN PRASEKOLAH 2017

Pada 24 Mei 2017, prasekolah kami telah mengadakan lawatan sambil belajar ke The Borneo House Museum, Kuching.

Tema Lawatan: 1Destinasi, 1Tujuan, 1Malaysia

Objektif utama: Pendedahan tentang kebudayaan dan masyarakat setempat.

Program Tentatif

08:00 pagi
:
Berkumpul di prasekolah SK Combined
08:30 pagi
:
Bertolak dari SK Combined
09:00 pagi
:
Lawatan di The Borneo House Museum
11:30 pagi
:
Bertolak ke sekolah.
12:00 tghari
:
Tiba di sekolah

Image may contain: 12 people, people smiling, outdoor

Saturday, May 13, 2017

Aktiviti Kraf untuk Hari Ibu


Sempena Hari Ibu 2017, murid-murid bersama-sama menyediakan kad ucapan kepada ibu masing-masing.  Murid belajar menghargai jasa ibu dan pengorbanan ibu. Di sini, kita cuba meminta murid menceritakan sebab mereka perlu sayangkan ibu.

Kita juga merakamkan ucapan secara beramai-ramai. 
Selamat Hari Ibu... We love you...

Aktiviti perkembangan fizikal dan kesihatan

Waktu PFK perlu dilaksanakan 2 kali setiap minggu.  Setiap waktu 30 minit.

Rutin: kita akan mulakan dengan aktiviti memanaskan badan yang dipimpin oleh seorang murid.
Kemudian, murid akan berbaris dalam 2 barisan, lelaki sebaris, perempuan sebaris.
Guru akan mulakan dengan penerangan aktiviti dan tunjukkan cara.

Tips: arahan mestilah jelas supaya mengelakkan kekeliruan murid dan memastikan perjalanan aktiviti dengan lancar.

1. Pastikan murid "pas" dengan menepuk tangan kawan untuk mengambil giliran.
2. Pastikan murid yang telah menjalani aktiviti duduk di bahagian belakang barisan.

Pelaksanaan:
Contoh aktiviti:Larian berhalangan.

Gabungan pergerakan lokomotor, seperti
1. Berjalan sambil mengepit bola berpasangan (berpasangan)
2. Melompat sambil membawa bola (individu)
3. Berlari/meniti mengikut garisan lurus, melengkung, zig zag dan sebagainya. (individu/berpasangan)
4. skipping dalam jarak yang ditentukan (individu)

# adalah memadai dengan 2 aktiviti pada satu masa.

Penutup: tentukan pemenang dan memberi maklum balas kepada murid tentang perjalanan aktiviti.
Rehatkan badan. Bersurai.







Saturday, August 27, 2016

Monday, April 25, 2016

Program Hari Sabtu - membina bahan bantuan mengajar bersama PPM, guru pelatih dan ibu-ibu

PPM dan guru pelatih sedang sibuk menyediakan bahan mentah BBM.
Antara bahan-bahan mentah yang sedia untuk dibina oleh para ibu
para ibu yang sibuk membina bahan untuk anak masing-masing. 
ibu dan bapa berganding bahu demi anak kesayangan.


 # Kerjasama pihak ibubapa dengan pihak sekolah adalah tonggak kejayaan akademik anak.  Sama-sama kita berganding bahu ke arah kecemerlangan. :-)








Friday, April 15, 2016

K is for King

K is for King.

Making them the little kings of the day made them recognize letter k and /k/. 

Friday, March 6, 2015

2015 classroom decoration


Last December 2014, for the first time my classroom painted anew. have done a few arrangement and relocation for some corners. Previous classroom setting was quite congested due to partition for the centers. But this year, I have put most of the shelves leaning toward the walls.  Which make the classroom more spacious and wide. Here you go...
In front of the classroom
Word Wall, Number 1-20, Alphabets

The Art Gallery (at the back of the classroom)
Reading Center


Writing Center

That's all for this moment.  Will update more soon. Have a nice weekends.