Sunday, June 29, 2014

Good practices in literacy.

1.Shared reading. 


2.  Guided reading.

3.  Little Teacher.



4,  Paired reading.


5.  Individual reading




Saturday, June 28, 2014

Lawatan Prasekolah 1/2014 ke Planetarium Sultan Iskandar Shah




Seronoknya ibu-ibu  

catatan murid tentang lawatan





Lawatan Ibu Bapa Sewaktu PdP berlangsung

 Pada 2.5.2014, kelas saya telah menjemput ibu bapa yang ingin melihat bagaimana PdP dilaksanakan di dalam kelas. 

Objektif lawatan ibu bapa ini bertujuan:
1. membenarkan ibu bapa melihat keadaan pembelajaran anak-anak di dalam kelas.
2. mendedahkan kepada ibu bapa cara mengajar membaca supaya memberi kesinambungan semasa latihan membaca di rumah.



Ketibaan ibu bapa
Pembacaan Berkongsi

Penulisan Individu

Sunday, June 22, 2014

Story of The Emperor's New Clothes

What can we teach from the story of The Emperor's Clothes?


1.   name of clothes&accessories, ie. shorts, shirt, blouse, pajamas, dress, robe, boots, shoes, socks, etc.
2.  designing new clothes for the king.
3.  moral value of the story : be truthful to yourself.  Pretend wise will put yourself in trouble.      

Literacy & Sciences

What can you teach from story of "The Very Hungry Caterpillar" by Eric Carle?

1. Days of the week.




2.  Life Cycle of butterfly





Thursday, June 12, 2014

Happy Teachers' Day

16 May we celebrate this day. 

What day?

Teachers' Day. 

Are you really happy for being a teacher?


Selamat Hari Guru.
Happy Teachers' Day.
Jiao Shi Jie Kuai Le.







Wednesday, June 11, 2014

Numerasi 2

Usah pening memikirkan cara mengajar cara mengenal nombor. Takkanlah asyik menyalin dan menulis nombor, buat latih tubi je.  Bosan sangat.  Mari kita lihat apa yang boleh dilakukan. Mudah saja. 

Objektif Pembelajaran:
1.  Mengenal simbol nombor
2.  mengenal nombor dan bilangannya.

 1.  Main BINGO
Aktiviti: berpasangan/kumpulan kecil.

Bahan: 
Kad BINGO
Kad nombor
Pen marker/ apa sahaja yang boleh digunakan sebagai penanda.

Langkah 1:  Tentukan siapa yang mulakan permainan.
Langkah 2:  Pemain pertama mengambil sekeping kad nombor.
Langkah 3:  Tandakan nombor yang diperolehi sekiranya ada.
Langkah 4:  Beralih kepada pemain kedua. Ambil kad nombor.  
Ulang langkah 2 dan 3 sehingga satu garisan lurus terbentuk sama ada menegak/melintang.  Maka itulah pemenangnya.




2.  Main Plastisin / Doh



















3.Letakkan bilangannya.


Mudah sajakan.  Banyak kemahiran yang boleh dipelajari secara tidak langsung semasa bermain.

Pembelajaran Berintegrasi.

 1.Integrasi Bahasa, Sains dan Teknologi, Moral.

Langkah 1 :Pilih sebuah buku cerita.
Langkah 2:  Fikirkan apakah yang boleh anda ajar daripada cerita ini?

- bahasa dan komunikasi
- nombor
- saiz
- ahli di dalam keluarga
- perabot di dalam rumah
- nilai moral
-  dan lain-lain lagi. 

Langkah 3:  Fikirkan kemahiran yang diajar dan aktivitinya.

contoh: menyusun saiz dari kecil ke besar/ besar ke kecil.

 













2.  Integrasi Kreativiti dan Estetika dan Nombor

Langkah 1:  Pilih Kemahiran Kraf yang hendak diajar.
Contohnya kraf bunga dengan cara lipatan.

 Langkah 2:  Tunjuk cara lipatan.






 Langkah 3:  Beritahu murid bilangan yang diperlukan.

Contoh: 5 kelopak, 1 batang, 5 helai daun (ikut kehendak sendiri)






Langkah 4:  Lukiskan bunga yang telah dihasilkan serta nombornya.






Aktiviti Numerasi

1.  Siapa lebih cepat. 

Dilaksanakan secara berpasangan.
Anda hanya perlu menyediakan 20 soalan, 10 soalan untuk pemain 1, 10 soalan untuk pemain 2. Laminate helaian soalan supaya ia dapat dipadam dan diulangi tanpa perlu dicetak semula.  Jangan lupa sediakan pembilang supaya murid dapat menggunakannya jika diperlukan.  Setelah menyiapkannya, pemain boleh memeriksa jawapan rakan dengan menggunakan helaian jawapan yang telah disediakan.  





2. Main dadu.  
Aktiviti menambah.
Dilaksanakan secara berpasangan/kumpulan kecil.

Langkah  1 Setiap murid melemparkan dadu. 
Langkah  2 Kemudian, murid-murid menjumlahkan hasilnya.  Murid mewakili hasil tambah dengan pembilang.




3.  Menambah dalam lingkungan 1-15./ 30

Aktiviti Berkumpulan /Berpasangan.
Langkah 1 Murid menunjukkan bilangan jari secara serentak.
Langkah 2 Setiap murid mengira jumlah jari yang ditunjukkan.
Langkah 3 Pemenang adalah bagi mereka yang menjawab dengan pantas dan tepat.



4.  Main congkak.

Aktiviti Individu.
Aktiviti membilang biji congkak dengan mengisinya ke dalam setiap lubang congkak.
Aktiviti ini amat sesuai untuk mereka yang belum pandai membilang objek.


5.  Lady bug
Aktiviti Berpasangan.
Langkah 1 - setiap pemain menulis nombor dalam lingkungan 1-10 secara rawak pada bulatan kecil lady bug.
Langkah 2  - Murid pertama mengambil sekeping kad nombor. Kemudian padankan dengan nombor yang ditulis dengan nombor pada kad yang diambil.
Langkah 3 -  Sekiranya terdapat nombor yang ditulis sama dengan kad nombor yang diambil, makan murid boleh menandakan nombor tersebut.
Langkah 4 -  Permainan beralih kepada pemain kedua.  Langkah 2 dan 3 diulangi sehingga salah seorang pemain berjaya menandakan kesemua nombor yang ditulis maka itulah pemenangnya.






Tuesday, June 10, 2014

Parents engagement in reading program

Tahun ini saya telah mula mengajak ibu-ibu untuk membaca anak-anak membaca.  Ibu-ibu / penjaga yang menghantar murid ke prasekolah digalakkan untuk duduk bersama membaca selama 5-10 minit bersama murid sebelum beredar.  Namun demikian, hanya beberapa orang ibu/penjaga sahaja yang menyahut saranan ini.  Sepanjang sesi persekolahan semester 1/2014, ibu/penjaga yang kerap datang membaca bersama anak-anak sememangnya menunjukkan penguasaan tahap membaca yang lebih tinggi berbanding murid-murid lain.  Memang tidak dinafikan kanak-kanak perlu dibimbing dan dibantu secara konsisten sepanjang program membaca.