Wednesday, June 11, 2014

Aktiviti Numerasi

1.  Siapa lebih cepat. 

Dilaksanakan secara berpasangan.
Anda hanya perlu menyediakan 20 soalan, 10 soalan untuk pemain 1, 10 soalan untuk pemain 2. Laminate helaian soalan supaya ia dapat dipadam dan diulangi tanpa perlu dicetak semula.  Jangan lupa sediakan pembilang supaya murid dapat menggunakannya jika diperlukan.  Setelah menyiapkannya, pemain boleh memeriksa jawapan rakan dengan menggunakan helaian jawapan yang telah disediakan.  





2. Main dadu.  
Aktiviti menambah.
Dilaksanakan secara berpasangan/kumpulan kecil.

Langkah  1 Setiap murid melemparkan dadu. 
Langkah  2 Kemudian, murid-murid menjumlahkan hasilnya.  Murid mewakili hasil tambah dengan pembilang.




3.  Menambah dalam lingkungan 1-15./ 30

Aktiviti Berkumpulan /Berpasangan.
Langkah 1 Murid menunjukkan bilangan jari secara serentak.
Langkah 2 Setiap murid mengira jumlah jari yang ditunjukkan.
Langkah 3 Pemenang adalah bagi mereka yang menjawab dengan pantas dan tepat.



4.  Main congkak.

Aktiviti Individu.
Aktiviti membilang biji congkak dengan mengisinya ke dalam setiap lubang congkak.
Aktiviti ini amat sesuai untuk mereka yang belum pandai membilang objek.


5.  Lady bug
Aktiviti Berpasangan.
Langkah 1 - setiap pemain menulis nombor dalam lingkungan 1-10 secara rawak pada bulatan kecil lady bug.
Langkah 2  - Murid pertama mengambil sekeping kad nombor. Kemudian padankan dengan nombor yang ditulis dengan nombor pada kad yang diambil.
Langkah 3 -  Sekiranya terdapat nombor yang ditulis sama dengan kad nombor yang diambil, makan murid boleh menandakan nombor tersebut.
Langkah 4 -  Permainan beralih kepada pemain kedua.  Langkah 2 dan 3 diulangi sehingga salah seorang pemain berjaya menandakan kesemua nombor yang ditulis maka itulah pemenangnya.






No comments:

Post a Comment