Tahun ini saya telah mula mengajak ibu-ibu untuk membaca anak-anak membaca. Ibu-ibu / penjaga yang menghantar murid ke prasekolah digalakkan untuk duduk bersama membaca selama 5-10 minit bersama murid sebelum beredar. Namun demikian, hanya beberapa orang ibu/penjaga sahaja yang menyahut saranan ini. Sepanjang sesi persekolahan semester 1/2014, ibu/penjaga yang kerap datang membaca bersama anak-anak sememangnya menunjukkan penguasaan tahap membaca yang lebih tinggi berbanding murid-murid lain. Memang tidak dinafikan kanak-kanak perlu dibimbing dan dibantu secara konsisten sepanjang program membaca.
No comments:
Post a Comment