Thursday, October 23, 2014

play vs teaching reading skills

Sememangnya tugas utama kanak-kanak adalah bermain.  Kanak-kanak belajar melalui bermain.  Tetapi, tekanan dan permintaan semasa yang memerlukan murid-murid perlu menguasai ujian LINUS ketika melangkah kaki ke Tahun 1 telah mengubah senario di kebanyakan prasekolah, termasuklah tadika swasta.  Guru-guru sibuk mengajar membaca dan menulis sehingga terpaksa mengurangkan masa bermain.  

Saya masih ingat bahawa pensyarah maktab pernah berkata "kita mendidik murid-murid bukan untuk melihat kepada output pada jangka masa pendek.  Tetapi kita sebenarnya mendidik murid-murid untuk perjalanan mereka yang lebih jauh, 10 tahun, 20 tahun yang akan datang"

Artikel THE DISTURBING TRANSFORMATION OF KINDERGARTEN mengingatkan kita sekali lagi keperluan kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment